top of page


BAHAN TERBITAN JHEAIK
Bahagian Dakwah merupakan sebahagian
daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri
Kedah yang bertanggungjawab dalam usaha
menyampaikan dakwah, penerangan, ceramah,
kuliah dan kursus-kursus.
Pengenalan Bahagian Dakwah
Bahagian Dakwah merupakan sebahagian
daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri
Kedah yang bertanggungjawab dalam usaha
menyampaikan dakwah, penerangan, ceramah,
kuliah dan kursus-kursus.
2. Objektif Bahagian Dakwah
Untuk membentuk masyarakat yang sedar akan
tanggungjawab kearah membuat kebaikan dan
mencegah kemungkaran.
Melahir dan menambah bilangan masyarakat
berilmu, beriman, beramal dan beristiqomah yang
diharap akan dapat melahirkan sebuah
masyarakat yang progresif.
Membimbing masyarakat dan memberi
kefahaman yang sebenar tentang Islam sebagai
addin dan menentang perkara-perkara yang batil
serta bercanggah dengan kehendak nilai-nilai
Islam.
3. Fungsi Bahagian Dakwah
Merancang dan melaksanakan program dakwah
dinegeri ini
Merancang dan melaksanakan program dakwah
Islamiah dengan agensi agama di negeri ini.
Memyelaras rancangan dan perlaksanaan
dakwah Islamiah bersama-sama badan-badan
dakwah (NGO)
Merapatkan, menggerak dan menyelaraskan
aktiviti dakwah dengan NGO di negeri kedah bagi
memastikan keberkesanan Dakwah dengan
agensi agama di negeri ini.
Merancang dan melaksanakan program
keagamaan kepada saudara baru dan mereka
yang belum islam.
Berkerjasama dengan bahagian-bahagian lain
JHEAIK.
Terdapat beberapa Unit yang berada di
bawah bahagian ini iaitu :
1. Pentadbiran dan Kewangan
Menguruskan dan mengendalikan setiap program
bahagian dakwah dan setiap pengurusan
kewangan.
2. Dakwah Dan Tarbiah
Menganjurkan ceramah-ceramah agama, forum
ehwal islam, mengadakan pameran aktiviti-aktiviti
Jabatan dan menyampaikan penerangan hal
ehwal agama dari semasa ke semasa.
Mengendalikan, mengurus Majlis Tilawah al-Qiran,
sambutan Maal Hijrah, Sambutan Maulidul Rasul
Israk Mikraj, Nisfu Syaaban, Ehya’ Ramadhan dan
lain-lain.
3. Ukhuwah
Menganjur kursus, seminar, muzakaroh dan ijtimak
seperti kursus pengurusan jenazah, seminar
kepimpinan, kursus pegawai masjid, kursus
taranum Al-Quran, bengkel khutbah berkualiti,
kursus penulisan Islam, ijtimak pendakwah dan
lain-lain. Memproses permohonan pungutan
derma dan memantau kutipan yang
dijalankan.Menerima permohonan memeluk
Islam, mendaftar, merekod data saudara baru dan
mengeluar kad keterangan memeluk Islam.
4. Penerbitan
Mengeluar dan mengedar risalah-risalah
keagamaan, khutbah, poster dan lain-lain
bottom of page